Isnin, 15 November 2010
Motivasi Kepimpinan SMK Mantin : [Berita Bergambar]
.
.
Penceramah utama program ini adalah, tidak lain tidak bukan Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Meskipun hanya beliau seorang sahaja yang berceramah, beliau telah berjaya mengikat penumpuan kesemua pelajar yang hadir ke program. Menurut tinjauan yang dijalankan oleh EDITOR kesemua pelajar berasa sangat seronok melalui program ini dan berharap agar diberikan peluang untuk menghadiri program ini lagi di masa akan datang. Ketika ditanya, Sdr Syamsul tidak menolak kemungkinan akan mengadakan program ini lagi di masa akan datang.
.
"Usaha untuk melahirkan pemimpin ini, tidak boleh dibentuk dalam masa sehari dua, malahan ia
memerlukan respon serta tindakbalas positif daripada pelajar, serta bersedia mempraktikan setiap apa yang diberikan melalui program ini. Saya percaya menerusi beberapa siri program pembentukan pemimpin ini, para pelajar boleh diasah menjadi pemimpin yang disegani suatu hari nanti. Asal sahaja setiap pelajar yang hadir pada program ini benar-benar yakin pada diri sendiri, serta memantapkan diri dengan kemahiran-kemahiran memimpin. Justeru, percayalah, setiap yang yakin pada diri, pasti mampu berjaya!!", ujar Syamsul.
.
Program ini telah berlangsung mulai 12 November 2010 dan berakhir pada 13 November 2010. Dengan ini pihak EDITOR mengucapkan tahniah buat SMK Mantin di atas usaha yang dijalankan dan pihak kami mengharapkan agar usaha mendidik serta membentuk pemimpin masa hadapan ini mampu direalisasikan!
.
Gambar Lokasi di mana program dilaksanakan
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan