Rabu, 22 Januari 2014

Ceramah Motivasi Sukan JAINS di Pusat Dakwah, Paroi

22 Januari 2014, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi Sukan telah diadakan khusus buat para athlit yang bakal mewakili Kontinjen Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) ke Kejohanan Sukan Antara Agensi Agama Islam yang bakal berlangsung selama 4 hari mulai 23 Januari 2014 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Program ceramah motivasi ini telah berlangsung di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi. Penceramah undangan yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Tips-Tips Kejayaan dan Kecemerlangan Dalam Sukan".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: