Ahad, 18 Ogos 2013

Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Minda" di UiTM Shah Alam

17 Ogos 2013, Shah Alam : Satu Program Ceramah Pemantapan Kecemerlangan Pelajar telah diadakan bertempat di Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Program ini melibatkan kira-kira 400 orang pelajar daripada Jurusan Asasi Undang-Undang. Program ini telah berlangsung di Dewan Business Theater A, Fakulti Undang-Undang, UiTM Shah Alam.

Program ini dimulakan dengan slot ceramah "Rejuvenasi Minda Menuju Kecemerlangan". Ceramah ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Sdr Syamsul juga merupakan alumni Fakulti Undang-Undang di UiTM ini. Beliau telah menyampaikan ceramah mulai jam 9.00 pagi hingga ke jam 11.00 pagi.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ceramah tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: