Rabu, 23 Disember 2009

Majlis Penyampaian Sijil Pendaftaran Pertubuhan

ADAM TERIMA SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN DARIPADA ROS!!
.
.
Majlis Penyampaian Sijil Pendaftaran Pertubuhan
Negeri Sembilan Darul Khusus
Bil. 2/2009
Bertempat di Pusat Dakwah Islamiah
Negeri Sembilan
.
24 Disember 2009
.
Satu majlis penyampaian sijil pendaftaran pertubuhan telah diadakan mulai jam 8.00 pagi di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi. Penyampaian sijil telah dibuat untuk 55 pertubuhan yang baru diluluskan sehingga Disember 2009.
.
Majlis ini telah dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan sesi pendaftaran dan diikuti dengan acara minum pagi.
.
Pada jam 9.00 pagi, majlis telah bersambung dengan dimulakan dengan ceramah berkaitan "Pengurusan Pertubuhan" yang telah disampaikan oleh Encik Ruslan bin Hj Daud, Pegawai Pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Negeri Pahang. Majlis telah berehat sebentar pada jam 10.30 pagi dan bersambung semula pada jam 11.00 pagi dengan ceramah bertajuk "Integriti Dalam Pengurusan Pertubuhan" yang disampaikan oleh En. Zakaria Mohamad daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Negeri Sembilan. Ceramah disampaikan sehingga jam 12.00 tengahari dan kemudiannya majlis telah berehat seketika sebelum bermulanya majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil kepada pemegang-pemegang jawatan utama pertubuhan / persatuan.
.
Pada jam 12.15 telah bermulanya sesi Majlis Perasmian Penutup yang telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Hj Md. Alias bin Hj Kalil, Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
.
Di dalam majlis penutup ini, En. Noraffendy Abd. Khalid di dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa sebanyak 2,679 pertubuhan induk telah didaftarkan pada tahun ini dan lebih 2,800 pertubuhan di peringkat cawangan yang telah didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan (ROS) Negeri Sembilan. Beliau berharap agar kesemua pertubuhan yang sempat hadir pada hari ini akan mengambil ingatan terhadap setiap ceramah yang disampaikan pada sejak pagi tadi demi kemajuan pertubuhan yang ditubuhkan ini.
.
Sementara itu, Y.Bhg Dato Md Alias menyatakan di dalam ucapan perasmian penutupnya, ROS ini jarang-jarang didengar sebelum ini, tetapi akhir-akhir ini seringkali kedengaran nama ROS disebut terutama di dalam pertikaian beberapa parti politik seperti MCA, PPP dan sebagainya. Maka, ramai yang sudah mula sedar kepentingan ROS ini.
.
Namun, begitu semua pihak perlu faham bukan semua pertubuhan boleh diluluskan, ada juga yang telah ditolak penubuhannya atas sebab-sebab tertentu.
.
ROS perlu membuat keputusan agar persatuan atau pertubuhan dapat digerakkan sejajar dengan kehendak, peraturan dan undang-undang negara. Pada tahun ini sahaja tidak kurang daripada 115,000 pertubuhan yang telah didaftarkan dengan ROS. ROS mempunyai tanggungjawab yang cukup besar dan penting untuk mengurus dan mentadbir pertubuhan agar menjadi pertubuhan yang sah dan mengikut peraturan dan undang-undang.
.
Hak berpersatuan dinyatakan dengan jelas di dalam Perlembagaan negara tetapi ia bukanlah bersifat mutlak di mana ia mestilah didaftarkan dengan ROS supaya ia tidak melanggar mana-mana peruntukan undang-undang negara. Beliau turut menasihatkan kepada penyandang-penyandang jawatan utama di dalam pertubuhan agar menjaga pertubuhan dengan seboleh-bolehnya mengelakkan pertelingkahan dalaman persatuan. Jalankanlah tugas dengan sebaiknya dan segala dokumen dan data hendaklah disimpan dalam keadaan yang teratur. Patuhilah etika kerja yang telah ditetapkan di dalam pertubuhan.
.
Turut sama menerima sijil perakuan pendaftaran pertubuhan pada hari ini adalah Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Hadir menerima sijil bagi pihak ADAM adalah Presiden ADAM iaitu Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail. Beliau berkata, inilah yang dinanti-nantikan oleh sekelian warga alumni debat negara, kerana ini akanmenjadi platform untuk bekas pendebat untuk aktif semula di dalam arena debat meskipun sebagai pemerhati, hakim, jurulatih dan sebagainya. Inilah yang penting demi menyeimbangkan pembangunan debat masakini.
.
Beliau walaunbagaimanapun berharap agar kesemua alumni debat tanpa mengira latarbelakang akan turut sama menyokong pembangunan dan pergerakan ADAM ini agar sentiasa relevan untuk semua.
.
Kami daripada EDITOR Blog ADAM mengucapkan selamat maju jaya kepada ADAM. Dan semoga usaha ini mendapat keberkatan daripada Allah. Insya Allah sedikit masa lagi kami akan menyiarkan wawancara penuh bersama Presiden ADAM Saudara Syamsul, untuk dikongsi bersama anda semua.
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR
.
Mendengar taklimat daripada En. Ruslan Hj Daud
En Ruslan menerangkan peraturan penting di dalam setiap pertubuhan
Kelihatan Saudara Syamsul turut fokus mendengar penerangan yang disampaikan
Di antara wakil-wakil persatuan / pertubuhan yang berkesempatan hadir
Saudara Syamsul tetap tidak berganjak mendengar penerangan yang diberikan
Ceramah seterusnya oleh En. Zakaria Mohamad daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Kemusykilan dibangkitkan oleh wakil pertubuhan kepada penceramah
En. Zakaria (SPRM) mendengar dengan teliti soalan sebelum menjawabnya
Pelbagai soalan yang dilontarkan kepada En. Zakaria
En. Zakaria menghuraikan jawapan kepada para peserta dengan panjang lebar
Kakitangan ROS yang bertindak selaku Pengacara Majlis
Wakil pertubuhan memdengar dengan fokus setiap ceramah yang disampaikan
'Backdrop' yang terbentang di pentas utama
Majlis penyampaian sijil ini adalah untuk kali kedua bagi tahun 2009
Kesemua wakil bangun ketika ketibaan Tetamu Kehormat ke dalam Dewan untuk majlis Perasmian Penutup
Dari kiri; En. Noraffendy, Dato' Hj Md. Alias dan En. Ruslan Hj Daud
Bersedia memulakan majlis perasmian penutup
Saudara Syamsul sabar menanti di bawah sebelum majlis penyerahan sijil
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu "Negaraku"
Pengacara Majlis mengalu-alukan tetamu kehormat
Kesemua wakil pertubuhan manadah tangan ketika sesi bacaan doa
Suasana dewan tenang ketika sesi bacaan doa
Bacaan doa dipimpin oleh Tuan Hj Md. Yusof daripada ROS Negeri Sembilan
Ucapan alu-aluan oleh En. Noraffendy
En. Noraffendy turut menyampaikan beberapa amanat kepada wakil persatuan
Y.Bhg Dato' Hj. Md. Alias menyampaikan ucapan perasmian penutup
Beliau juga tidak lupa menyampaikan pesanan buat semuaUcapan perasmian yang diselitkan dengan nasihat agar dapat memantapkan persatuan
Kembali semula ke tempat duduk sebelum upacara penyampaian sijil pendaftaran kepada setiap pertubuhan
Bermulalah upacara penyampaian sijil
Saudara Syamsul menerima sijil perakuan pendaftaran Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM)
.
Gambar oleh : EDITOR

3 ulasan:

ejalmlk berkata...

Tahniah ADAM akhirnya dapat juga Sijil dari ROS .. semoga terus suksess pada masa hadapan .. Tahniah pada presiden yang sentiasa menyokong aktiviti pengucapan awam di Malaysia ini ..

Saya tetap akan sokong ADAM

kalau ada Mesyuarat agung jangan lupa jemput ..

ejalmlk

Tanpa Nama berkata...

Saya percaya berita baik ini juga yang dinanti-nantikan oleh komuniti debat Malaysia. Tahniah dan selamat maju jaya...

Alumni Debat Malaysia berkata...

Kepada semua pengikut ADAM, saya nasihatkan agar sentiasa berhubung menerusi e-mail alumnidebat@yahoo.com bagi memudahkan kita berhubung tentang aktiviti yang bakal dilaksanakan. Insya Allah mesyuarat agong nanti kita akan panggil semua yang berminat. Terima kasih