Isnin, 7 Disember 2009

Seminar Pewaris Muda : Tajuk "Pembentukan Sifat Positif Pewaris Muda"

Seminar Pewaris Muda : Tajuk "Pembentukan Sifat Positif Pewaris Muda"
8.30 malam / 5 Disember 2009
Dewan Theatrette Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Kundur
.
Peralatan yang tersedia untuk demonstrasi kepentingan penjagaan masa

Pelajar tetap ceria untuk mendengar ceramah seterusnya daripada Saudara Syamsul
Memberikan tumpuan pada ceramah, jenaka, kisah dan cerita
Ceramah diselang seli dengan gelak ketawa peserta
Pelajar tetap ceria walaupun dengan jadual program yang padat
Sempat berposing ketika mendengar ceramah
Urusetia (Cik Hamidah) turut sama mendengar ceramah yang disampaikan
Saudara Syamsul menyampaikan ceramah dengan bertenaga walaupun suaranya sudah mulai serak
Para peserta lelaki pun turut ceria
Saudara Syamsul menghuraikan dengan teliti setiap bait paparan slide
Para pelajar mendengar dengan fokus dan tekun
Bermulalah sesi demonstrasi "penjagaan masa"
Ramai yang tertanya-tanya tentang permainan yang ingin ditunjukkan
Menanti dengan sabar
Batu-batu putih menunjukkan perkara-perkara remeh yang tidak penting yang sering kita lakukan
Ini pula menunjukkan bekas yang menggambarkan masa yang setiap manusia ada
Saudara Yusof mencatatkan 8 perkara penting yang ingin peserta-peserta lakukan dalam hidup
Masa diletakkan di atas meja bersama-sama batu putih dan batu-batu merah yang mewakili 8 perkara yang penting dan ingin dilakukan dalam hidup
Saudara Syamsul menerangkan sekali lagi maksud batu-batu merah dan batu-batu putih tadi
Saudari Yus diminta kehadapan bagi melakukan aktiviti ini. Batu putih telah diisi dan kali ini Yus diminta mengisi perkara penting di dalamnya tanpa melebihi ruang permukaan atasnya
Yus cuba memasukkannya, tetapi berlebih daripada permukaan. Menunjukkan apabila terlalu banyak masa yang diguna untuk perkara tidak, maka perkara penting akan terlepas daripada hidup kita
Puas Yus mencuba namun tetap ada batu merah yang perlu dikorbankanYus ketawa apabila diusik oleh Saudara Syamsul
Akhirnya apabila disusun semula dengan meletakkan batu merah terlebih dahulu barulah kesemuanya dapat dimasukkan mengikut hadnya. Bererti perkara penting mesti diutamakan dalam hidup kita
Saudara Syamsul memberikan ulasan dan huraian berkenaan 'demonstrasi' tadi
Saudara Syamsul menyampaikan cenderahati khas buat urusetia program yang setia bersama di sepanjang program selaku pemberian ikhlas daripada Intellectual Orator Consultant (IOC)
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: