Rabu, 19 Oktober 2011

Ceramah Motivasi kekeluargaan di SK Seri Pagi

Satu ceramah kekeluargaan telah diadakan bertempat di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi, Senawang. Ceramah tersebut diadakan mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 10.30 pagi pada 8 Oktober 2011. Ceramah bertajuk "Komunikasi Berkesan Keluarga dan Kerjaya" ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Program ini merupakan sebahagian daripada perancangan program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang direncanakan oleh pihak SK Taman Seri Pagi.

Ceramah disampaikan kepada sekelian guru-guru dan kakitangan SK Taman Seri Pagi. Turut hadir ke program ini adalah Tn Hj Roslan, Guru Besar SK Taman Seri Pagi.

Suasana meriah seperti biasa berlangsung tatkala ceramah bersahaja disampaikan oleh Sdr Syamsul. Para pendengar nyata tidak kering gusi mendengar ceramah yang sarat dengan pengkisahan yang terkandung 1001 pengajaran serta input-input berupa tips ke arah kecemerlangan kerjaya serta kebahagiaan keluarga.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur di atas inisiatif serta kejayaan menganjurkan program seumpama ini. Berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan semasa program tersebut berlangsung. Disediakan oleh : EDITOR

p.s: Terima kasih diatas kiriman gambar-gambar oleh Pn Zarida (SK Taman Seri Pagi)

1 ulasan:

Awanama berkata...

saya suka cikgu semua kerana cikgu ketawa sanagat telaka.saya juga nak mengucapkan selamat hari raya kaepada cikgu semua.sekian saja daripada saya terima kasih......
daripada asmiera 6gigih tahun 2012.