Selasa, 1 November 2011

Ceramah Kekeluargaan di ILIM, Bangi

Pada 2 November 2011, telah berlangsungnya ceramah kekeluargaan bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi. Ceramah tersebut berlangsung sebagai salah satu daripada pengisian program kursus selama 4 hari dan 3 malam melibatkan peserta-peserta yang datangnya daripada pelbagai Jabatan.

Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau memulakan sesi ceramahnya bermula pada jam 8.30 pagi dengan tajuk "Pengurusan Konflik Suami Isteri" dan diikuti dengan ceramah bertajuk "Persekitaran Bermasalah: Faktor Serta Jalan Penyelesaian" mulai jam 11.00 pagi. Ceramah beliau berakhir pada jam 1.00 petang.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung. Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: