Rabu, 30 November 2011

Ceramah "Celik Hati & Celik Minda" di Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar

29 November 2011, Putrajaya : Satu ceramah bersempena dengan Sambutan Maal Hijrah bagi tahun 1433 Hijriyyah, telah dianjurkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Putrajaya. Di antara penceramah undangan yang telah dijemput untuk menyampaikan ceramah ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau yang kali kedua hadir, setelah hadir kali pertama bagi menjadi panel Forum Perdana "Madrasah Ramadhan" pada bulan Ogos 2011 yang lalu, nyata telah berjaya menggamatkan seisi dewan dengan pengisian pengertian Hijrah yang dibawakan dalam bentuk penyampaian yang mudah difahami dan ceria.

Sdr Syamsul menyampaikan tajuk "Celik Hati & Celik Minda" selama lebih jam iaitu mulai jam 11.00 pagi hingga ke jam 1.30 petang. Beliau yang baru sahaja selesai berceramah di Bangunan MARA, Jalan Raja Laut lebih kuran jam 10.30 pagi, nyata masih lagi bertenaga di dalam menyampaikan ceramahnya.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ceramah tersebut berlangsung. Disediakan oleh : EDITOR

1 ulasan:

Awanama berkata...

secara keseluruhan..terbaik dan en syamsul bijak mengambil tumpuan peserta dengan kata2 yg ceria menyegarkan mental dan fizikal. Tahniah.