Selasa, 29 November 2011
Ceramah Pengucapan Awam UTEM
26 November 2011, Melaka : Satu program Bengkel Pengucapan Awam telah diadakan dengan kerjasama Persatuan Debat & Pidato Universiti Teknikal Malaysia (UTEM) bersama Persatuan Rakan Siswa (PRS) UTEM. Bengkel ini telah diadakan bertempat di Kompleks Falak Al-Khawarizmi di Tanjung Bidara, Melaka. Program ini melibatkan kira-kira lebih 30 orang pelajar-pelajar baru UTEM.
Menerusi program ini para peserta akan didedahkan dengan teknik pengucapan awam yang sebenar dan kemahiran ini dapat dimanfaatkan di sepanjang pengajian mahasiswa di universiti mahupun ketika mereka bergelar graduan kelak.
Program ini berlangsung selama 2 hari sehingga 27 November 2011.
Di antara penceramah undangan yang telah dijemput hadir adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah berkaitan 3 tajuk iaitu "Konsep Komunikasi", "Perihal Pengucapan Awam" dan "Teknik Pengucapan Awam". Ceramah beliau berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 1.00 petang.
Dengan ini EDITOR ingin mengucapkan tahniah di atas inisiatif dan usaha pihak penganjur mengadakan program yang cukup baik dan bermanfaat ini dan adalah diharapkan agar program ini diteruskan lagi di masa-masa akan datang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan