Ahad, 20 November 2011

Ceramah Motivasi di Kolej MARA Banting

12 November 2011, Banting : Satu program ceramah telah dianjurkan bertempat di Kolej MARA Banting. Program ini diadakan khusus buat pelajar-pelajar tahun satu KM Banting. Ceramah telah dlangsungkan di Dewan Besar Kolej MARA Banting.

Ceramah bertajuk "Kenegaraan : Isu-Isu Keluarga dan Masyarakat" ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Ceramah beliau telah berlangsung selama 2 jam mulai jam 9 pagi hingga ke jam 11 pagi. Ceramah yang disampaikan dengan cukup bersahaja ini benar-benar meninggalkan kesan mendalam buat sekelian peserta yang benar-benar ceria mendengar ceramah yang disampaikan.

Berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan semasa program tersebut berlangsung.

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: