Isnin, 11 Januari 2016

Ceramah Maulidur Rasul 1437 Hijrah di Surau Kuala Sungai Dioh, Kuala Pilah


9 Januari 2016, Kuala Pilah : Satu Program Ceramah Maulidur Rasul 1437 Hijrah telah diadakan bertempat di Surau Kampung Kuala Sungai Dioh, Sawah Lebar, Kuala Pilah. Program ini telah berlangsung mulai selepas Maghrib hingga ke jam 10.00 malam.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Rasulullah SAW Pembawa Rahmat Ke Sekelian Alam".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: