Isnin, 18 Oktober 2010

Pertandingan Debat Keamanan Inter-Fakulti di UPNM

.
16 Oktober 2010, Kuala Lumpur: Satu pertandingan Debat Keamanan telah dianjurkan bertempat di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Pertandingan antara fakulti ini telah membabitkan lapan peserta yang bertanding dengan menggunakan format pertandingan Ala-Presiden Amerika Syarikat (Format 1 lawan 1). Pertandingan yang julung kali diadakan ini benar-benar menarik dan informatif serta menduga daya hujah serta penyampaian pendebat secara solo.
.
Format pertandingan ini dibahagikan kepada lima pusingan iaitu:
.
Pusingan 1 : Penghujahan substantif dimulakan dengan pihak pencadang
Pusingan 2 : Sesi Debat Terbuka (seperti Debat Alam Sekitar)
Pusingan 3 : Sesi soalan dikemukakan oleh wakil kedua-dua pihak dimulakan dengan soalan dari pihak pembangkang kepada pencadang
Pusingan 4 : Sesi soalan dikemukakan oleh Moderator / Pengerusi Pertandingan kepada kedua-dua pihak dimulakan dengan soalan kepada Pencadang
Pusingan 5 : Penggulungan
.
Ridzuan yang menjadi penasihat pertandingan ini telah berjaya mewujudkan suasana pertandingan yang benar-benar lain serta menguji minda pendebat agar berdebat secara intelek dan bersahaja. Turut hadir ke pertandingan ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang mana beliau turut menjadi hakim pertandingan.
.
"Pertandingan ini memang lain dari yang lain. Kali terakhir kita melihat format ini adalah ketika sesi debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Shabery Chik. Dengan format yang digarap sedemikian rupa saya fikir, ini adalah pertandingan yang sewajarnya diketengahkan di peringkat universiti agar menjadi salah satu platform melahirkan pendebat yang benar-benar berilmu dan berkualiti tinggi. Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur", ujar Syamsul ketika ditanya berkenaan pertandingan ini.
.
Pertandingan ini dilangsungkan sehingga ke peringkat separuh akhir, manakala pertandingan akhir dijadualkan akan berlangsung pada 27 Oktober 2010.
.
Dengan ini EDITOR mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pendebat.
.

Ridzwan ketika menyampaikan taklimat kepada para hakim yang terlibat

Sdr Syamsul, di antara barisan hakim yang terlibat
Halis kelihatan berbincang sesuatu bersama Istajib
Sdr Syamsul meneliti format pemarkahan yang disediakan
Senarai peserta dipaparkan di dalam slide
Suasana pertandingan
Perdebatan yang dihakimi oleh Presiden ADAM
Mendengar dengan teliti hujah yang disampaikan
Kesungguhan para pendebat berhujah
Mendengar hujahan balas pihak lawan
Bangkit menegakkan pendirian
Suasana pertandingan pusingan kedua
Tekun mencatat isi penting serta teguran teknikal yang bakal diberikan selepas pertandingan
Tiada satu pun yang ketinggalan
Pertandingan pusingan ketiga
Mendengar hujah pihak lawan dengan tenang
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: