Isnin, 18 Oktober 2010

Ceramah Motivasi Untuk Pelajar SEMESRA

Satu ceramah Motivasi bertajuk "Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan" telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Ceramah tersebut berlangsung di Star Fresh Agro Park, di Jalan Kuala Pilah. Ceramah disampaikan untuk kira-kira 120 pelajar Tingkatan 2, Sekolah Menegah Sains Rembau (SEMESRA).
.
Ceramah bermula kira-kira jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 11.30 malam. Suasana ceria yang berunsur nasihat ini telah berlangsung dengan cukup ceria apakala Sdr Syamsul kerap kali mengaitkan dengan cerita-cerita yang mengusik hati bukan sahaja para pelajar malahan juga para guru yang merah-merah mata kerana tidak dapat menahan ketawa.
.
Apa pun yang paling penting sekali diharapkan pelajar akan dapat mengambil setiap input-input positif untuk diamalkan dan diparktikkan di dalam kehidupan mereka seharian kerana mereka semua kini bukanlah pelajar sekolah harian biasa, tetapi membawa imej pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
.
Selamat maju jaya diucapkan kepada semua pelajar SEMESRA!!
.
Di antara pelajar Tingkatan 2 SEMESRA yang mengikuti sesi ceramah ini
Dewan dipenuhi pelajar
Mendengar setiap input yang disampaikan
Para pelajar ketawa mendengar cerita yang disampaikan
Teruk betul ketawa! Tak ingat dunia!
Sekali-sekala Sdr Syamsul merujuk kepada slide yang dipaparkan
Di antara guru-guru SEMESRA yang hadir ke sesi ini
Turut sama mendengar input yang disampaikan
Menerangkan tentang gambar dipaparkan kepada pelajar
Huraian disampaikan secara bersahaja di seluruh dewan
Sdr Syamsul seolah-olah sedang membuat persembahan terbuka pulak!
Laa... sampai tersadai kat meja dek tergelak!
Para pelajar benar-benar seronok di dalam sesi ini
Setiap isi dan input.. pasti ada sahaja dikaitkan dengan cerita...
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: