
Isnin, 27 September 2010
Ceramah Motivasi di SMK Triang Hilir, Jelebu

.
Sdr Syamsul menyampaikan ceramah bertajuk "Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan" mulai jam 8.00 pagi hingga ke jam 10.00 pagi. Ceramah yang disampaikan bukan sahaja menarik perhatian pelajar tetapi juga perhatian para guru yang turut sama mendengar ceramah sehingga ke akhirnya.
.
Program ini dijalankan serentak dengan program sambutan Aidil Fitri peringkat sekolah. Sdr. Syamsul cukup seronok dapat berceramah di sini kerana kebetulannya ibu beliau juga membesar di Kg. Sungai Buloh di mana sekolah ini terletak.
.
Akhir kata selamat maju jaya diucapkan buat para pelajar yang telah mengikuti ceramah ini dengan jayanya.
.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan