Selasa, 9 Disember 2014

Ceramah Motivasi Kecemerlangan KASTAM Wilayah Persekutuan

8 Disember 2014, Kelana Jaya : Satu Program Ceramah Kecemerlangan Modal Insan bersempena dengan Sambutan Hari Inovasi telah diadakan khusus buat para Pegawai dan Kakitangan Kastam DiRaja Malaysia (KDRM) Wilayah Persekutuan. Program ini telah berlangsung di Dewan Kompleks Kastam DiRaja Malaysia (KDRM) Wilayah Persekutuan, Kelana Jaya.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Rejuvenasi Diri".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: