Selasa, 9 Disember 2014

Ceramah Motivasi Kekeluargaan Bersama Vogue Malaysia di Shah Alam

6 Disember 2014, Shah Alam : Satu Program Ceramah Motivasi Kekeluargaan telah dianjurkan oleh Persatuan VOGUE Malaysia yang diterajui oleh Pn Jamilah Hanim Othman. Program ini dinamakan sebagai Program "Funtastic Parents & Kids For Jannah".

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Belaian & Limpahan Kasih Sayang Seorang Ibu Kepada Anak". Program ini telah berlangsung di Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: