Isnin, 22 Disember 2014

Seminar Pengurusan Stress Yayasan Negeri Sembilan (YNS) di Johor Baharu


21 Disember 2014, Johor Baharu : Satu Program Seminar Motivasi - Emosi dan Pengurusan Stress telah dianjurkan khusus buat para Pegawai dan Kakitangan Yayasan Negeri Sembilan (YNS). Seminar tiga hari ini telah berlangsung mulai 19 Disember 2014 hingga 21 Disember 2014 bertempat di Hotel Suria City, Johor Baharu.

Penceramah yang telah diundang untuk mengendalikan program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah mengendalikan seminar tiga hari ini dengan konsep "Pengurusan Stress dan Emosi".

Sdr Syamsul bergambar bersama sebahagian di antara barisan Jawatankuasa Urusetia daripada YNS sebaik sahaja selesai program

Pelbagai tips serta penduan telah dikongsikan kepada kesemua peserta bagi memastikan semua peserta sentiasa berada dalam mode bersedia bagi menghadapi apa jua rintangan serta cabaran di tempat kerja dan juga kehidupan di masa-masa yang akan datang.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

**Keseluruhan gambar-gambar program boleh disaksikan di dalam folder berikutnya. Terima kasih

Tiada ulasan: