Isnin, 29 Disember 2014

Ceramah Motivasi "Baiti Jannati / Rumahku Syurgaku" di Serting Hilir 5

26 Disember 2014, Jempol : Satu Program Ceramah Motivasi Kekeluargaan telah diadakan bersempena dengan Program Hari Keluarga Felda Serting Hilir 5, Jempol. Program ini telah berlangsung di Balai Raya Felda Serting Hilir 5. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Utama Tan Sri Hj Mohd Isa Samad, Ahli Parlimen Jempol merangkap Pengerusi Felda Malaysia.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Baiti Jannati / Rumahku Syurgaku".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.





Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: