Selasa, 8 April 2014

Syarat & Peraturan Pertandingan Pidato Perpaduan 2014

PERTANDINGAN PIDATO PERPADUAN
PIALA PENGARAH
JABATAN PERPADUAN NEGARA & INTEGRASI NASIONAL
2014

ANJURAN BERSAMA

KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT)
PANGSAPURI RAKYAT SERI PERDANA, PAROI

&

PERTUBUHAN ALUMNI DEBAT MALAYSIA (ADAM)

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1.0          PESERTA

1.1               Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah serta Institusi Pengajian
Tinggi Awam(IPTA)dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta(IPTS).
1.2               Setiap IPTA dan IPTS dibenarkan menghantar dua orang peserta atau 
            lebih.
1.3               Tempat penginapan akan disediakan oleh pihak penganjur.
1.4               Peserta boleh disingkirkan jika membawa masalah kepada mana-mana pihak.
1.5               Yuran penyertaan adalah PERCUMA.

2.0          HADIAH

2.1               Johan akan menerima hadiah piala pusingan, piala iringan dan sijil.
2.2               Naib johan akan menerima piala iringan dan sijil.
2.3               Pemenang tempat ketiga juga akan menerima piala iringan dan sijil.
2.4               Setiap peserta akan menerima sijil.

3.0          PENENTUAN TAJUK DAN GILIRAN

3.1       Tajuk-tajuk pidato adalah berkenaan dengan isu PERPADUAN DAN ISU SEMASA.
3.2       Tajuk bagi pertandingan ini akan diundi sekurang-kurangnya TUJUH (7) HARI sebelum tarikh Pertandingan berlangsung. Manakala giliran peserta dan undian tajuk juga akan dijalankan pada masa yang sama.

4.0          CORAK PERTANDINGAN

4.1            Pemidato Akan diberi masa selama LIMA (5) MINIT untuk menyampaikan pidato mengikut tajuk yang telah diundi.


5.0          PERATURAN PEMARKAHAN

5.1               Pembahagian Markah

5.1.1       Isi (40 markah)

Pemidato akan diadili dari segi pengutaraan isi-isi yang bernas, data-data yang tepat serta logik termasuk penghuraian.


5.1.2       Bahasa (20 markah)

Pemidato akan diadili segi penguasaan bahasa yang baik, jelas dan tepat (struktur dan sebutan) serta gaya bahasa yang berkesan iaitu tepat kepada maksud yang hendak disampaikan.

5.1.3       Penyampaian (30 markah)

Pemidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada serta persembahan yang menyakinakn penonton. Pemidato juga perlu menujukkan gaya menarik dan susunan idea yang tertib.
            
5.1.4       Adab (5 markah)

Kritikan terhadap isu-isu sensitif seperti agama, bangsa, kebudayaan dan peribadi serta perlakuan tutur kata yang kurung sopan akan kurang sopan akan menyebabkan kehilangan markah. Perlakuan peserta sepanjang pertandingan juga akan dinilai.

5.1.5       Markah Bonus (5 markah)

Bagi pertandingan ini, pemidato akan dinilai dari segi keseluruhan persembahan dan perwatakannya.

                 
5.2             Jika didapati dua atau lebih peserta mendapat markah yang sama, kemenangan akan ditentukan dengan mengambil kira kombinasi markah tertinggi bagi isi, cara penyampaian dan bahasa sebagai asas penentuan.




6.0          SYARAT-SYARAT PEMIDATO

6.1        Loceng akan dibunyikan sekali, 1 minit sebelum masa tamat dan loceng akan dibunyikan dua kali apabila masa tamat.
6.2        Apabila loceng berbunyi dua kali menunjukkan masa telah tamat dan markah tidak akan diberikan oleh hakim kepada peserta yang masih berpidato selepas masa tamat.
6.3               Pemidato yang membaca nota-nota atau teks semasa berpidato akan dipotong markah.
6.4               Kritikan terhadap isu-isu yang berkaitan politik, agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang. Pengerusi majlis berhak mengarahkan pemidato untuk berhenti berpidato.
6.5        Penggunaan bahasa dan tutur kata yang kurung sopan adalah dilarang sama sekali.
6.6          Pemidato-pemidato dilarang sama sekali menuding jari mereka atau menunjukkan genggaman tangan mereka kepada penonton untuk melahirkan emosi mereka.
6.7               Pemidato hendaklah menggunakan Bahasa Melayu.
6.8               Pengerusi majlis berhak menegur pemidato yang melanggari peraturan di atas.
6.9               Peserta hanya boleh memulakan pidato mereka setelah menerima kebenaran daripada ketua hakim.

7.0          HAKIM

7.1               Pemilihan hakim adalah dari kalangan hakim yang berkecuali.
7.2          Bagi peringkat saringan, tiga orang akan dilantik menjadi hakim dan salah seorang akan menjadi ketua hakim. Bersama hakim terdapat seorang penjaga masa dan seorang jurukira markah.
7.3        Manakala bagi peringkat akhir, terdapat lima orang hakim dan salah seorang akan menjadi ketua hakim.
7.4               Ulasan dan komen ketua hakim akan disampaikan selepas pertandingan berakhir.



8.0          PANDUAN KEPADA JEMAAH HAKIM

8.1               Pemidato-pemidato akan diadili dari segi pengutaraan isi-isi yang bernas, data-data dan bahan-bahan yang tepat serta logik termasuk penghuraiannya.
8.2              Pemidato juga diadili berdasarkan persembahan yang lancar dan meyakinkan, kesesuaian nada, penggunaan bahasa yang jelas dan gaya bahasa yang sesuai serta kesopanan dan perwatakan yang menarik.
8.3              Pemidato yang membaca teks atau nota semasa berpidato akan dipotong markah.
8.4              Markah juga akan dipotong terhadap pemidato-pemidato yang menggunakan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan.
8.5              Pemidato yang melanggari peraturan 6.4, 6.5 dan 6.6 di atas akan dipotong markah atau disingkirkan.
8.6              Markah juga akan dipotong jika tidak menggunakan Bahasa Melayu.
8.7              Pemidato-pemidato yang menimbulkan masalah kepada mana-mana jua pihak akan disingkirkan.

9.0          PENUTUP

9.1               Keputusan panel hakim adalah muktamad. Segala bentuk rayuan dan bantahan sama ada dalam bentuk lisan atau bentuk penulisan tidak akan dilayan sama sekali.

9.2               Pihak penganjur berhak terhadap sebarang perubahan dalam corak dan syarat pertandingan bagi memastikan kelancaran pertandingan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana pula dengan pidato yang dilakukan secara spontan ? Adakah kita dibenarkan untuk mencari bahan2/isi2 yang boleh digunakan melalui internet atau mana2 bahan bacaan ?