Khamis, 24 April 2014

Ceramah Motivasi Pelajar di SMK Segambut

23 April 2014, Kuala Lumpur : Satu Program Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar telah diadakan khusus buat para pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut, Kuala Lumpur. Program tersebut merupakan program anjuran pihak SMK Segambut bersama-sama dengan Kelab UMNO Luar Negara (KULN).

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Pelajar Cemerlang Menjana Masa Hadapan Gemilang". Pelbagai tips-tips serta panduan ke arah kecemerlangan pelajar telah dikongsikan menerusi slot ceramah ini.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah ini berlangsung. 


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: