Selasa, 8 April 2014
Syarat & Peraturan Pertandingan Pidato Perpaduan 2014
PERTANDINGAN PIDATO PERPADUAN
PIALA PENGARAH
JABATAN PERPADUAN NEGARA & INTEGRASI NASIONAL
2014
ANJURAN BERSAMA
KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT)
PANGSAPURI RAKYAT SERI PERDANA, PAROI
&
PERTUBUHAN ALUMNI DEBAT MALAYSIA (ADAM)
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1.0
PESERTA
1.1
Peserta terdiri
daripada pelajar-pelajar Sekolah serta Institusi Pengajian
Tinggi Awam(IPTA)dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta(IPTS).
1.2
Setiap IPTA dan
IPTS dibenarkan menghantar dua orang peserta atau
lebih.
1.3
Tempat
penginapan akan disediakan oleh pihak penganjur.
1.4
Peserta boleh
disingkirkan jika membawa masalah kepada mana-mana pihak.
1.5
Yuran
penyertaan adalah PERCUMA.
2.0
HADIAH
2.1
Johan akan
menerima hadiah piala pusingan, piala iringan dan sijil.
2.2
Naib johan akan
menerima piala iringan dan sijil.
2.3
Pemenang tempat
ketiga juga akan menerima piala iringan dan sijil.
2.4
Setiap peserta
akan menerima sijil.
3.0
PENENTUAN TAJUK DAN GILIRAN
3.1 Tajuk-tajuk
pidato adalah berkenaan dengan isu PERPADUAN
DAN ISU SEMASA.
3.2 Tajuk bagi pertandingan
ini akan diundi sekurang-kurangnya TUJUH
(7) HARI sebelum tarikh Pertandingan berlangsung. Manakala giliran peserta
dan undian tajuk juga akan dijalankan pada masa yang sama.
4.0
CORAK PERTANDINGAN
4.1 Pemidato Akan
diberi masa selama LIMA (5) MINIT
untuk menyampaikan pidato mengikut tajuk yang telah diundi.
5.0
PERATURAN PEMARKAHAN
5.1
Pembahagian
Markah
5.1.1
Isi (40 markah)
Pemidato akan diadili dari segi pengutaraan isi-isi yang bernas, data-data
yang tepat serta logik termasuk penghuraian.
5.1.2
Bahasa (20 markah)
Pemidato akan diadili segi penguasaan bahasa yang baik, jelas dan tepat
(struktur dan sebutan) serta gaya bahasa yang berkesan iaitu tepat kepada
maksud yang hendak disampaikan.
5.1.3
Penyampaian (30 markah)
Pemidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada
serta persembahan yang menyakinakn penonton. Pemidato juga perlu menujukkan
gaya menarik dan susunan idea yang tertib.
5.1.4
Adab (5 markah)
Kritikan terhadap isu-isu sensitif seperti agama, bangsa, kebudayaan dan
peribadi serta perlakuan tutur kata yang kurung sopan akan kurang sopan akan
menyebabkan kehilangan markah. Perlakuan peserta sepanjang pertandingan juga
akan dinilai.
5.1.5
Markah Bonus (5 markah)
Bagi pertandingan ini, pemidato akan dinilai dari segi keseluruhan persembahan
dan perwatakannya.
5.2 Jika didapati
dua atau lebih peserta mendapat markah yang sama, kemenangan akan ditentukan
dengan mengambil kira kombinasi markah tertinggi bagi isi, cara penyampaian dan bahasa sebagai asas penentuan.
6.0
SYARAT-SYARAT PEMIDATO
6.1 Loceng akan
dibunyikan sekali, 1 minit sebelum masa tamat dan loceng akan dibunyikan dua
kali apabila masa tamat.
6.2 Apabila loceng
berbunyi dua kali menunjukkan masa telah tamat dan markah tidak akan diberikan oleh hakim kepada peserta yang masih
berpidato selepas masa tamat.
6.3
Pemidato yang
membaca nota-nota atau teks semasa berpidato akan dipotong markah.
6.4
Kritikan
terhadap isu-isu yang berkaitan politik, agama, bangsa dan kebudayaan atau
terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang. Pengerusi majlis berhak
mengarahkan pemidato untuk berhenti berpidato.
6.5 Penggunaan
bahasa dan tutur kata yang kurung sopan adalah dilarang sama sekali.
6.6 Pemidato-pemidato
dilarang sama sekali menuding jari mereka atau menunjukkan genggaman tangan
mereka kepada penonton untuk melahirkan emosi mereka.
6.7
Pemidato
hendaklah menggunakan Bahasa Melayu.
6.8
Pengerusi
majlis berhak menegur pemidato yang melanggari peraturan di atas.
6.9
Peserta hanya
boleh memulakan pidato mereka setelah menerima kebenaran daripada ketua hakim.
7.0
HAKIM
7.1
Pemilihan hakim
adalah dari kalangan hakim yang berkecuali.
7.2 Bagi peringkat
saringan, tiga orang akan dilantik menjadi hakim dan salah seorang akan menjadi
ketua hakim. Bersama hakim terdapat seorang penjaga masa dan seorang jurukira
markah.
7.3 Manakala bagi
peringkat akhir, terdapat lima orang hakim dan salah seorang akan menjadi ketua
hakim.
7.4
Ulasan dan
komen ketua hakim akan disampaikan selepas pertandingan berakhir.
8.0
PANDUAN KEPADA JEMAAH HAKIM
8.1
Pemidato-pemidato
akan diadili dari segi pengutaraan isi-isi yang bernas, data-data dan
bahan-bahan yang tepat serta logik termasuk penghuraiannya.
8.2
Pemidato juga
diadili berdasarkan persembahan yang lancar dan meyakinkan, kesesuaian nada,
penggunaan bahasa yang jelas dan gaya bahasa yang
sesuai serta kesopanan dan perwatakan yang menarik.
8.3
Pemidato yang
membaca teks atau nota semasa berpidato akan dipotong markah.
8.4
Markah juga
akan dipotong terhadap pemidato-pemidato yang menggunakan bahasa atau tutur
kata yang kurang sopan.
8.5
Pemidato yang
melanggari peraturan 6.4, 6.5 dan 6.6 di atas akan dipotong markah atau
disingkirkan.
8.6
Markah juga
akan dipotong jika tidak menggunakan Bahasa Melayu.
8.7
Pemidato-pemidato
yang menimbulkan masalah kepada mana-mana jua pihak akan disingkirkan.
9.0
PENUTUP
9.1
Keputusan panel
hakim adalah muktamad. Segala bentuk rayuan dan bantahan sama ada dalam bentuk
lisan atau bentuk penulisan tidak akan dilayan sama sekali.
9.2
Pihak penganjur
berhak terhadap sebarang perubahan dalam corak dan syarat pertandingan bagi
memastikan kelancaran pertandingan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Bagaimana pula dengan pidato yang dilakukan secara spontan ? Adakah kita dibenarkan untuk mencari bahan2/isi2 yang boleh digunakan melalui internet atau mana2 bahan bacaan ?
Catat Ulasan