Ahad, 20 Julai 2014

Ceramah Penghayatan Ramadhan di SK Kiaramas, KL

18 Julai 2014, Kuala Lumpur : Satu Ceramah Penghayatan Ramadhan 1435 Hijrah telah diadakan bersempena dengan Majlis Iftar Jama'ie bersama anak-anak yatim Rumah Nur Kasih dan SK Kiaramas. Program ini merupakan anjuran PIBG SK Kiaramas yang dipengerusikan oleh En Nor Jafny Jaafar, Yang DiPertua PIBG SK Kiaramas.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah berkaitan kepentingan serta tuntutan agama dalam hal melibatkan kebajikan, sumbangan serta amalan bersedekah terutama di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: