Ahad, 13 Julai 2014

Majlis Berbuka Puasa Bersama MB Negeri Sembilan

10 Julai 2014, Seremban : Satu Majlis Berbuka Puasa bersama Menteri Besar Negeri Sembilan telah diadakan bertempat di Kediaman Rasmi YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Program ini bermula dengan majlis berbuka puasa diikuti dengan Solat Maghrib berjemaah. Selesai solat Maghrib berjemaah, majlis disambung dengan Tazkirah oleh Imam Besar Masjid Negeri, Negeri Sembilan.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan Solat Isya' berjemaah, Solat Tarawih berjemaah, Solat Sunat Witir dan majlis kemudiannya diakhiri dengan Jamuan Moreh.

Di antara yang telah diundang hadir ke majlis berkenaan termasuklah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Seremban hadir bersama-sama dengan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban dan sekelian Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Seremban.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: