Jumaat, 27 Mei 2016

Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar di SM Sains Perempuan Seremban (SGS) Seremban


27 Mei 2016, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar telah diadakan khusus buat para Pelajar Tingkatan 5 iaitu Calon SPM 2016. Program ini diadakan bersempena dengan  program Perkampungan Ilmu. Program ceramah ini berlangsung di Surau Sekolah Menengah Sains Perempuan (SGS) di Sikamat, Seremban.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Pelajar Cemerlang Menempa Masa Hadapan Gemilang". 

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: