Jumaat, 20 Mei 2016

Forum Bicara Ilmu Bersempena Sambutan Hari Belia 2016 di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah


20 Mei 2016, Kuala Pilah : Satu Program Forum Bicara Ilmu telah diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Belia 2016 Peringkat Negeri Sembilan. Program ini telah berlangsung di Kompleks Rakan Muda, Kuala Pilah. Di antara tetamu kehormat yang telah hadir ke program ini adalah YB Datuk Seri Hasan Malek, Ahli Parlimen Kuala Pilah dan juga Tn Hj Ali bin Luman, Pegawai Daerah Kuala Pilah.

Forum Bicara Ilmu ini menampilkan Man Raja Lawak yang bertindak sebagai moderator manakal Ahli Panel terdiri daripada Sdr Safiey Ilias (Usahawan Muda) dan Sdr Syamsul Amri Hj Ismail (Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia - ADAM). Di antara isu yang dikupas adalah berkaitan peng'hijrah'an Sdr Safiey Ilias daripada seorang Mak Nyah kepada Lelaki Biasa dan juga peranan belia di dalam mendepani cabaran hidup masakini.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program Forum Bicara Ilmu ini berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: