Isnin, 16 Mei 2016
Ceramah "Terapi Hati Sucikan Jiwa" di Surau Al-Badru, Taman Dusun Setia, Ampangan
16 Mei 2016, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi dalam Kuliah Maghrib menerusi Segmen 'Bedah Buku' telah diadakan bertempat di Surau Al-Badru, Taman Dusun Setia, Ampangan. Program ini telah berlangsung mulai jam 7.45 malam hingga ke jam 9.00 malam.
Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Terapi Hati Sucikan Jiwa" dengan merujuk kepada Buku Berjudul "TERAPI HATI" oleh Abu Amirul terbitan Karangkraf.
Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.
Disediakan oleh : EDITOR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan