Rabu, 21 Mei 2014

Ceramah Motivasi "Nilai Murni & Integriti" di KASTAM KLIA

21 Mei 2014, Sepang : Satu Program Ceramah Motivasi Kecemerlangan Integriti Pekerja telah diadakan khusus buat Pegawai-Pegawai Lantikan Baru di Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (KDRM). Seramai 160 peserta yang merupakan pegawai-pegawai baru telah menyertai program ini yang berlangsung di Dewan Seminar, Bangunan Airport Management Centre (AMC) di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Nilai-Nilai Murni & Integriti". Pelbagai tips-tips serta panduan dikongsikan kepada para pegawai sebagai persediaan sebelum para pegawai memulakan tugas masing-masing di lapangan nanti.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: