Isnin, 19 Mei 2014

Ceramah Kuliah Maghrib"Pembentukan Keluarga Bahagia" di Taman Purba, Ampangan

19 Mei 2014, Seremban : Satu Ceramah Motivasi telah diadakan bagi mengisi slot Kuliah Maghrib Mingguan telah diadakan bertempat di Surau Taman Purba, Ampangan. Program ceramah kekeluargaan ini berlangsung mulai selepas waktu Maghrib sehinggalah tibanya waktu Isya'.

Penceramah yang telah diundang pada minggu ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Pembentukan Keluarga Bahagia".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: