Sabtu, 31 Mei 2014

Ceramah Isu-Isu Semasa di PDM Sungai Nibong, Teluk Intan

30 Mei 2014, Teluk Intan : Satu Program Ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa bersempena dengan Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan telah diadakan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Jalan Sungai Nibong. Pelbagai isu dikupas oleh beberapa orang penceramah undangan khas ke program ini.

Di antara penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Ustaz Faizal Yahya (Penceramah JASA Perak), Sdr Khairudin Azhari (Penerangan UMNO Perak), Sdr Faizal Affendi (Penceramah Penerangan UMNO Malaysia) dan Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia merangkap Penceramah Penerangan UMNO Malaysia.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: