Ahad, 18 Mei 2014

Ceramah Motivasi Hari Jururawat 2014

8 Mei 2014, Sabak Bernam : Satu Program ceramah bersempena dengan Sambutan Hari Jururawat telah diadakan bertempat di Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan. Ceramah ini merupakan anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sabak Bernam.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Keluarga vs Kerjaya". Pelbagai tips-tips kekeluarga telah beliau kongsikan bersama para peserta yang berkesempatan hadir.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: