Isnin, 11 Julai 2011

Seminar Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Kebangsaan

KOTA TINGGI, JOHOR : Satu Seminar Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Lotus Desaru Beach Resort, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Seminar ini berlangsung selama 4 hari dan 3 malam. Program ini telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan, Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Seminar ini telah disertai oleh pelajar-pelajar PRS yang datangnya daripada Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan juga beberapa pelajar cemerlang yang didatangkan khas daripada negara jiran Indonesia.

Penceramah yang berjaya menarik perhatian, tidak lain tidak bukan Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah menerusi dua slot iaitu "Komunikasi Berkesan Serta Kepentingannya" dan juga "Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan".

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak penganjur di atas kejayaan menjayakan program seminar seperti ini yang nyata penting bagi membentuk keupayaan para pelajar berkomunikasi serta secara tidak langsung membentuk keperibadian serta kematangan dalaman diri di dalam berinteraksi di dalam masyarakat.


Sdr Syamsul ketika memulakan ceramahnyaPelbagai pendekatan serta penekanan dikongsi bersamaPeri penting komunikasi ditekankan menerusi segenap aspekPara pelajar berpeluang bertanya soalan berkaitan interaksi dan komunikasi berasaskan pengalaman luas Sdr Syamsul di dalam dunia pidato dan debat

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: