Khamis, 30 Jun 2011

Ceramah "Komunikasi Keluarga & Kerjaya" di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban

30 Jun 2011, Seremban : Satu Seminar selama sehari telah diadakan bertempat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. seminar ini didakan khusus buat kakitangan Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di semua peringkat jabatan dan jawatan.

Seminar ini telah dianjurkan oleh Unit Latihan HTJ. Di sebelah petangnya satu sesi ceramah diadakan dengan tajuk "Kepentingan Komunikasi Keluarga & Kerjaya" telah berlangsung dengan ceramah telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Seminar ini bertujuan mendedahkan kepada para pegawai dan kakitangan betapa pentingnya komunikasi yang berkesan bagi memastikan kelicinan tugasan di tempat kerja serta keamanan rumahtangga dapat dipertahankan.

Sdr Syamsul yang baru sahaja selesai berceramah di sebelah paginya di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, nyata tetap kekal bertenaga di dalam penyampaiannya sehingga masih lagi mampu menraik perhatian para pendengar yang hadir sejak dari awal ceramah hinggalah ke akhirnya. Ceramah berliau berlangusng mulai jam 2.15 petang hingga ke jam 4.15 petang.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan ketika program ceramah tersebut berlangsung.

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: