Jumaat, 24 Jun 2011

USIM Johan Debat Pendidikan Islam Peringkat ASEAN!!

22 Jun 2011, Brunei Darussalam : Setelah berhempas pulas, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akhirnya dinobatkan selaku juara dengan menewaskan pasukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di pertandingan akhir. Dengan kemenangan ini USIM telah berjaya menebus kehampaan mereka yang tumpas di perlawanan akhir Debat Integriti di Universiti Utara Malaysia (UUM) beberapa bulan yang lalu.

Di perlawanan Separuh Akhir, pasukan USIM menumpaskan pasukan Universiti Malaysia Sabah (UMS), walaubagaimanapun UMS telah berjaya merangkul tempat ketiga.

Pertandingan ini melibatkan penyertaan beberapa buah Universiti ASEAN yang terdiri daripada Malaysia, Indonesia, dan Brunei Darussalam.

Dengan ini EDITOR mengucapkan tahniah buat barisan pendebat USIM iaitu Sdr Ikhwan Rosseli, Ummu Umairah, Shahizad, Irhamuddin serta tidak dilupakan Jurulatih Debat USIM iaitu Sdr Syamsul Amri Hj Ismail yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). berikut dikongsikan beberapa gambar juara bersama trofi yang telah berjaya diraih oleh pendebat USIM.

Disediakan oleh : EDITOR

2 ulasan:

Istana Puteh by Geecantik berkata...

cam kenal je dengan pengerusi... ingat saya g... huhuhu

Tanpa Nama berkata...

Memang patut menang.... tgk siapa jurulatihnya