Khamis, 28 Julai 2011

Ceramah "Peranan Wanita Dalam Keluarga" di Kolej KINI, Jempol

16 Julai 2011, Jempol : Satu program ceramah motivasi "Peranan Wanita Dalam Keluarga" telah diadakan bertempat di Kolej Integrasi Ilmu (KINI) di Jempol, Negeri Sembilan. Program ini telah dianjurkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Jempol. Program ini telah disertai oleh para pelajar Kolej KINI.

Penceramah undangan bagi program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah mulai jam 11.00 pagi hingga ke jam 1.00 petang. Ceramah beliau yang benar-benar kreatif dan menghiburkan ini nyata tidak menghampakan apabila menggamatkan suasana di sepanjang program ceramah ini berlangsung.

Berikut dikongsikan gambar-gambar di sepanjang program ceramah Sdr Syamsul berlangsung.

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: