Khamis, 28 Julai 2011

Ceramah "Motivasi Pelajar" di KM Chalet, Linggi

16 Julai 2011, Kuala Linggi : Satu program ceramah Motivasi Pelajar anjuran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah berlangsung di KM Chalet, Kuala Linggi, Port Dickson. Program 3 hari dan 2 malam ini telah bermula sejak 15 Julai 2011 hingga ke 17 Julai 2011. Program ini merupakan program khas buat anak-anak keluarga yang berpendapatan sederhana dan bakal menghadapi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.

Salah seorang penceramah yang diundang adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Sdr Syamsul tiba di KM Chalet kira-kira jam 8.45 malam bersama dengan dua krew Intellectual Orator Consultant (IOC) iaitu Sdr Abd Halim Abu Bakar dan Sdr Raja Hafis Raja Zurida.

Ceramah telah bermula pada jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam. Antara lain, Sdr Syamsul mengingatkan para peserta agar belajar bersungguh-sungguh sehingga beroleh kejayaan. Kerana hanya dengan kejayaan mereka ini, dapat mereka sandarkan bagi menggapai kehidupan cemerlang dan seterusnya berusaha mengubah kehidupan keluarga mereka agar keluar daripada belenggu kepayahan serta kemiskinan hidup. Dan ini bukanlah sesuatu yang mustahil dilakukan.

Dengan ini EDITOR mengucapkan tahniah buat MAINS di atas inisatif ini dan begitu juga selamat maju jaya diucapkan buat sekelian peserta yang mengikuti program ini.

Sebaik sahaja selesai program ceramah ini, Sdr Syamsul dan kedua-dua krew IOC telah menuju ke Medan Ikan Bakar Kuala Linggi bagi menikmati makanan laut di sana.

Berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan ketika program tersebut berlangsung.

Suasana di Medan Ikan Bakar, Kuala LinggiDisediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: