Isnin, 31 Mac 2014

Bengkel Debat & Pengucapan Awam di Politeknik Melaka

23 Mac 2014, Melaka : Satu Bengkel Debat & Pengucapan Awam telah dianjurkan oleh pihak Politeknik Melaka. Program ini telah disertai oleh para Pelajar Politeknik Melaka, Politeknik Port Dickson dan Kolej Komuniti, Bukit Beruang, Melaka.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Perihal Pengucapan Awam", "Teknik Pengucapan Awam" dan "Teknikal Debat Ala Parlimen Malaysia". Beliau juga telah berkesempatan mengupas beberapa contoh kupasan tajuk dalam siri perdebatan Malaysia menurut pengamatan dan pengalaman beliau.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah beliau dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: