Rabu, 19 Mac 2014

Ceramah Motivasi Kepimpinan Belia di Port Dickson

12 Mac 2014, Port Dickson : Satu Program Ceramah Motivasi Kepimpinan Belia telah diadakan bertempat di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) di Pasir Panjang, Port Dickson. Program ini melibatkan penyertaan kira-kira 50 orang belia dari sekitar pantai timur iaitu Kelantan, Pahang dan Terengganu.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Penyelesaian Masalah & Pembuatan Keputusan" dan "Delegasi & Pemantauan".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: