Rabu, 19 Mac 2014

Ceramah Motivasi Keibubapaan di Rantau

12 Mac 2014, Rantau : Satu Program Ceramah Motivasi Keibubapaan telah diadakan bersempena dengan Mesyuarat Agong PIBG Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman, Rantau. Program Ceramah Keibubapaan ini merupakan salah satu pengisian sebelum bermulanya Mesyuarat Agong PIBG Sekolah ini.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Peranan Ibu Bapa Ke Arah Kecemerlangan Anak-Anak".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: