Khamis, 3 September 2015

Ceramah Motivasi Kepimpinan Pelajar di USIM Nilai


2 September 2015, Nilai : Satu Program Ceramah Motivasi Kepimpinan Pelajar telah diadakan di dalam Program Ta'aruf Pelajar Sarjana Muda, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Program ini telah berlangsung di Dewan Tuanku Naib Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Ceramah ini ditujukan khusus buat kira-kira 1,180 orang Pelajar Baru peringkat Ijazah Sarjana yang baru sahaja mendaftarkan diri di USIM.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Motivasi Kepimpinan Pelajar Cemerlang". Program ceramah ini telah berlangsung mulai jam 8.30 malam hingga ke jam 10.30 malam.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: