Rabu, 16 September 2015

Ceramah Program #SEHATISEJIWA di Kg Sg. Machang, Lenggeng


15 September 2015, Lenggeng : Satu Program Ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa telah diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan 2015 dan Hari Malaysia 2015. Program ini telah diselaraskan oleh YBhg Tuan Mustafa Salim, AJK UMNO Bahagian Seremban bersama-sama dengan UMNO Cawangan Sungai Machang dan telah berlangsung di Balai Raya, Kg. Sungai Machang Hilir, Lenggeng.

Program ini telah dirasmikan oleh Pn Zabedah Mastar, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban merangkap Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sembilan.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Seremban telah menyampaikan ceramah bertajuk : "#SehatiSejiwa".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: