Isnin, 7 September 2015

Ceramah Motivasi Profesional Kepimpinan di Masjid Tanah, Melaka


6 September 2015, Masjid Tanah : Satu Program Ceramah Motivasi Kepimpinan telah diadakan bertempat di Banglo Homestay L-Shape, Masjid Tanah Melaka. Program ini diadakan khas buat barisan pegawai dan penggerak politik YB Datuk Mas Ermiyati, Ahli Parlimen Masjid Tanah. Program ini telah berlangsung mulai jam 10.00 pagi hingga ke jam 12.00 tengahari.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Profesional Kepimpinan".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: