Jumaat, 4 Mei 2012

Ceramah Motivasi Pekerja di JPA, Putrajaya

4 Mei 2012, Putrajaya : Sebaik sahaja selesai berceramah di RISDA Negeri Sembilan di Seremban. Sekali lagi Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) telah dijemput berceramah di Putrajaya. Kali ini beliau telah dipelawa berceramah di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Putrajaya.

Beliau diminta berceramah dengan tajuk "Dulu Lain Sekarang Lain". Beliau berkongsi bersama pekerja berkaitan isu-isu konsistensi di dalam melaksanakan tugas. Menurut beliau, tidak kiralah dulu lain sekarang lain, asal sahaja yang lainnya itu (pada waktu sekarang) lebih baik daripada yang dulu.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Ceramah Motivasi Pekerja di RISDA Negeri Sembilan

4 Mei 2012, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi Pekerja telah diadakan bertempat di Dewan RISDA, Pejabat RISDA Negeri Sembilan di Seremban. Ceramah telah berlangsung mulai jam 8.15 pagi hingga ke jam 9.30 pagi.

Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Pelbagai tips berkaitan pekerja telah dikongsi bersama dengan para peserta.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan.



Disediakan oleh : EDITOR

Rabu, 2 Mei 2012

Ceramah Isu-Isu Semasa di Kg. Sungai Merab, Kajang


1 Mei 2012, Kajang : Satu program Ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa telah berlangsung di Kampung Sungai Merab, Kajang. Ceramah ini dianjurkan oleh Pengerusi Peti Undi Cawangan Sungai Merab. Program ini berlangsung mulai jam 9 malam hingga ke jam 12.00 malam. Turut hadir di dalam program ini ialah YBhg Datuk Sharif Jajang (Mantan Ketua UMNO Bahagian Sepang), Sdr Jacob Samuel (Timb. Pengerusi MIC Sepang), Tn Hj Abd Rahman Sidi (Nazir Masjid Sg Merab dan Tn Hj Ibrahim Ghani (Mantan Pengerusi JKKKP Sungai Merab).

Program ceramah telah dimulakan dengan Ceramah pembukaan yang telah disampaikan oleh YB Datuk Marsom bin Paing, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Dengkil.

Program Ceramah Perdana Penerangan Isu-Isu Semasa telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Pelbagai isu-isu semasa disentuh termasuklah isu PTPTN serta Isu Bersih 3.0 yang begitu hangat diperkatakan akhir-akhir ini.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan.

Di antara hadirin yang hadir memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan
Sdr Syamsul, Presiden ADAM ketika menyampaikan ceramahnya
Hadirin tidak berganjak mendengar Ceramah Penerangan yang disampaikan

Disediakan oleh : EDITOR