Khamis, 26 September 2013

Ceramah Motivasi Pelajar di SMK Dato Tan Ahmad, Simpang Durian, Jelebu

27 September 2013, Jelebu : Satu Program Ceramah Motivasi Pelajar khusus buat para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan telah diadakan bertempat di SMK Dato' Tan Ahmad, Simpang Durian, Jelebu. Program ini turut mengundang ibubapa bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan ini supaya dapat melihat peranan masing-masing dalam menghadapi musim peperiksaan ini.

Penceramah undangan bagi program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Tips Persediaan Akhir Peperiksaan Serta Peranan Ibubapa". Beliau telah menyampaikan ceramah mulai jam 9.00 pagi hingga ke jam 11.00 pagi.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Rabu, 25 September 2013

Ceramah Motivasi SMKDUH di Kem Agroloka, Jelebu

25 September 2013, Jelebu : Satu Program Ceramah Motivasi telah diadakan bersempena dengan program STUDYTHON SMK Datuk Undang Jelebu. Program ini diadakan khusus buat 20 orang pelajar ELIT PMR 2013 dan 20 orang pelajar ELIT SPM 2013. Program ini diadakan bertempat di Kem Agroloka, Kuala Klawang, Jelebu.

Program ceramah dengan tajuk "Tips Persediaan Peperiksaan Akhir" ini berlangsung mulai jam 8.30 malam hingga ke jam 10.00 malam.

Penceramah undangan yang telah diundang adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Pelbagai tips serta panduan saat akhir telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.
  

Disediakan oleh : EDITOR