Rabu, 26 Februari 2014

Ceramah Motivasi 'Reducing Stress" di UIAM Petaling Jaya

26 Februari 2014, Petaling Jaya : Satu Program Ceramah Motivasi telah diadakan khusus buat para Mahasiswi yang mendiami Mahallah Zainab Jansy, Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya. Program ceramah ini telah berlangsung di Dataran ZC, UIAM Petaling Jaya.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Reducing Stress".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Selasa, 25 Februari 2014

Ceramah Motivasi "Dilema Ombak Rindu" BHEUU Putrajaya

25 Februari 2014, Putrajaya : Satu Program Ceramah Motivasi Kerja telah diadakan bertempat di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Putrajaya. Program ceramah yang melibatkan isu kekeluargaan ini menampilkan tajuk "Dilema Ombak Rindu".

Penceramah yang telah diundang adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM)

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR