Isnin, 19 Oktober 2009

Program Motivasi di Langkawi

Pada 9 Oktober 2009 hingga 11 Oktober 2009, Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail telah mewakili pihak Intellectual Orator Consultant (IOC) bagi mengendalikan seminar "Motivasi Kecemerlangan Pelajar 2009" serta seminar "Peningkatan Modal Insan 2009". Kedua-dua seminar ini telah berlangsung di Hotel Langkasuka, Kuah, Langkawi.

Saudara Syamsul Amri telah dibantu oleh Saudari Ummu Umairah dan Saudari Nor Izzati, kedua-duanya pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi mengendalikan seminar "Motivasi Kecemerlangan Pelajar 2009". Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat Daerah & Tanah, Tampin, Negeri Sembilan.

Mai dan Izzati bergambar sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Langkawi, Kedah

Izzati bergambar bersama Syamsul
Mercu Tanda Langkawi yang tersergam di Lapangan Terbang Langkawi


====================================================================
Dilaporkan oleh : EDITOR

Pertandingan Pidato Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Pada 02 Oktober 2009 telah berlangsungnya Pertandingan Pidato UPNM. Pertandingan telah berlangsung di Dewan Pahlawan, UPNM. Saya telah berpeluang menjadi hakim pertandingan dan bertindak selaku ketua hakim bagi peringkat saringan. Seramai 17 peserta telah mengikuti pertandingan ini di peringkat saringan .
Saya memuji usaha baik yang dijalankan ini bagi mencungkil bakat-bakat baru sebagai persediaan memberikan saingan di peringkat intervarsiti. Tahniah diucapkan kepada yang layak ke pertandingan akhir. Kepada yang kurang bernasib baik cuba lagi di masa akan datang. Saya tidak dapat menghakimi pertandingan akhir ekoran keterlibatan dengan program lain yang bertembung dengan jadual pertandingan akhir yang dijadualkan pada 3 Oktober 2009.




























Disediakan oleh : Syamsul Amri bin Hj. Ismail

Kenangan Berceramah di Pilihanraya Bagan Pinang

Pengalaman berceramah di Pilihanraya Bagan Pinang sememangnya tidak dapat saya lupakan. Ini adalah kali pertama saya dapat berceramah di dalam Pilihanraya Kecil DUN di dalam negeri sendiri. Bermula dengan Batu Talam, Ijok, PRU-12, Kuala Terengganu, Permatang Pauh, Manik Urai dan Permatang Pasir, barulah kini saya berpeluang berceramah di negeri sendiri di dalam pilihanraya kecil DUN .
Bermula dengan malam pertama pada 2 Oktober 2009, saya telah memulakan ceramah di Akademi Pembangunan Belia Port Dickson untuk ratusan pengundi muda Port Dickson. Diikuti dengan malam kedua pada 3 Oktober bersama dengan Ustaz Tajuddin (JASA Melaka), Saudara Lokman Nor Adam (Pemuda UMNO Malaysia) dan juga bersama calon BN Tan Sri Isa Samad. 4 Oktober 2009 saya berceramah bersama Ustazah Sharifah (JASA), Ustaz Kamal Saidin (Pembantu Khas MB Terengganu) dan juga bersama Tan Sri Isa Samad. 5 Oktober 2009 saya berceramah bersama Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir (MB Perak) . Pada 6 Oktober 2009 saya bergandingan bersama dengan datuk Mat Isa Sabu (MB Perlis) dan Ustaz Azmi Md. Yatim (Penceramah Biro Penerangan UMNO Malaysia). Pada 7 Oktober 2009 saya berceramah di Kg Baru Si Rusa bersama Dato Azian (MT UMNO dan Pengerusi SPNB) dan akhirnya pada 8 Oktober saya berceramah bersama Dato Azian dan Ustaz Lokman (JASA Johor) di Taman Dato Abdul Samad.
Alhamdulillah, berkat kerja kuat semua pihak akhirnya, BN telah mencapai kemenangan menerusi calon popular, Tan Sri Isa Samad.
Suasana di Rumah En Jamaludin Yatim di Bagan Pinang
Ustaz Tajuddin daripada JASA yang sedang bersemangat berceramah
Ustaz Tajuddin daripada JASA Melaka berceramah sambil ditemani saya dan Saudara Lokman Nor Adam
Di antara pengundi-pengundi yang hadir mendengar ceramah
Ini suasana berceramah di Taman Seri Pinang
En Baharuddin dari JASA memulakan ceramah
Saya memulakan ceramah saya
Ceramah ini turut disertai oleh pengundi kaum India dan Tiong Hua
Datuk Seri Dr. Zambry (MB Perak) pula mengambil giliran selaku penceramah utama
Saya tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama MB Perak
Disediakan oleh : Syamsul Amri bin Hj Ismail

Isnin, 12 Oktober 2009

Kemenangan Tanda Kepercayaan Rakyat - Isa

Kemenangan Bergaya Tanda Kepercayaan Rakyat Kepada BN - Isa SAAT MANIS...Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dijulang oleh penyokong-penyokongnya setelah diumumkan menang pada pilihan raya itu di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson di sini, malam ini. Mohd Isa mengalahkan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi dalam pilihan raya itu. Mohd Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly mendapat 2,578 undi.- Foto BERNAMA.

PORT DICKSON: Wakil rakyat baru bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Tan Sri Mohd Isa Samad menyifatkan kemenangan bergaya Barisan Nasional (BN) dengan majoriti besar sebagai gambaran kepercayaan rakyat di kawasan tersebut terhadap beliau dan parti.

"Nampaknya mereka menyambut dengan hati yang terbuka, dengan kemenangan yang cukup bergaya dan selesa buat BN," katanya ketika ditemui di sini.
Mohd Isa menang dengan majoriti 5,435 undi, selepas memperolehi 8,013 undi manakala lawannya daripada PAS, Zulkefly Mohamad Omar memperolehi 2,578 undi.
Jumlah itu lebih besar daripada majoriti 2,333 undi yang diperolehi BN pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu.
Ditanya sama ada kemenangan ini bermakna bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu akan kembali ke dalam arus politik perdana, beliau berkata: "Sememangnya saya telah berada dalam politik sebelum saya bertanding di sini lagi kerana selepas saya menjalani hukuman, saya telah dipilih sebagai Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang".
"Bagaimanapun, sama ada untuk kembali ke arus perdana, ia bergantung kepada keadaan semasa...saya pun tak tahu macam mana."
Berhubung sama ada beliau berminat untuk memainkan peranan yang lebih besar sebagai Exco kerajaan negeri, Mohd Isa berkata, ia bukan satu keutamaan.
"Setakat ini, saya tak fikir bab itu lagi. Saya hanya fikir untuk bantu penduduk di Bagan Pinang, Teluk Kemang dan bantu parti sama ada di peringkat negeri atau pusat".
"Selain itu, adalah menjadi satu perkara biasa di mana wakil rakyat BN akan memainkan peranan wakil rakyat dalam membantu pentadbiran bagi memajukan negeri," katanya.
Ditanya sama ada beliau mempunyai masalah dengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Mohd Isa berkata: "Setakat ini, tak ada apa-apa masalah dengan Menteri Besar. Ia cuma sengaja dibangkitkan pihak-pihak tertentu semasa pilihan raya ini."
Dalam pada itu, Zulkefly menerima kekalahan dalam pilihan raya kecil ini namun beliau tetap mempersoalkan aspek ketelusan bagi undi pos.
"Saya menerima kekalahan ini denagn hati yang terbuka. Bagaimanapun, apa yang penting bagi PAS adalah ketelusan terhadap undi pos yang tetap diragui," katanya.
Dalam pilihan raya kecil ini, BN memperolehi 3,521 undi pos manakala PAS memperolehi 601 undi.
Disediakan Oleh : EDITOR