Ahad, 13 Februari 2011

Ceramah Motivasi Kekeluargaan di SK Labu Ulu, Seremban

12 Februari 2011, Labu - Satu ceramah Motivasi Kekeluargaan telah diadakan bertempat di Sekolah Kebangsaan Labu Ulu, Seremban. Ceramah ini berkisar kepada perkongsian tips-tips keibubapaan khusus bagi persediaan bersama-sama anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2011 ini. Program ceramah ini telah berlangsung mulai jam 10.00 pagi hingga ke jam 11.30 pagi.
.
Program ceramah ini telah turut dihadiri oleh Pn Noriah Mansor, Guru Besar SK Labu Ulu, guru-guru, ibubapa serta para pelajar tahun enam yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Program ceramah ini telah dikelolakan oleh En Samsol, Kaunselor Sekolah Kebangsaan Labu Ulu.
.
Ceramah telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Antara lain beliau memberikan tips untuk kecemerlangan pelajar, tips-tips kawalan dan penyeliaan pelajaran anak serta teknik memahami permasalahan keluarga. Ceramah beliau yang agak santai dan bersahaja ini telah menarik minat kesemua yang hadir ke program ini.
.
Dengan ini EDITOR mengucapkan selamat maju jaya buat semua pelajar yang berkenaan dan semoga bakal menempuh masa depan yang gemilang....
.
Suasana sebelum bermulanya ceramah
Berminat dengan kamera yang dipegang oleh Jurukamera sekolah
Sdr Syamsul bergambar bersama barisan urusetia
Sdr Syamsul sempat bergaya bersama kamera milik sekolah
Di antara guru-guru yang hadir kelihatan ceria

Para pelajar dan ibu bapa yang telah bersedia mendengar ceramah



Sdr Syamsul duduk sebelum memulakan ceramah


Sdr Syamsul bersedia memulakan ceramah Motivasi Kekeluargaan









Semua yang hadir mendengar dengan penuh fokus isikandungan ceramah











Semua yang hadir mendengar ceramah dengan penuh keceriaan
Pelbagai aksi dan gaya....
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

1 ulasan:

Awanama berkata...

agak2 cikgu2 sy dulu masih ada x kt sekolah ni?? batch 1988..hahaha..rindu pula zaman psekolahan