Rabu, 27 April 2011

Ceramah Motivasi di Maktab PDRM Cheras

27 April 2011, Cheras: Satu ceramah telah diadakan bertempat di Maktab Polis DiRaja Malaysia, Cheras. Ceramah ini diadakan bersempena kursus selama tiga hari yang diadakan berkaitan dengan pemantapan diri peserta yang terdiri daripada para pegawai Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang bertugas di seluruh pelusuk negara.

Di antara penceramah yang telah dijemput hadir menyampaikan ceramah di dalam program ini ialah, Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah menerusi dua slot iaitu slot pertama bertajuk "Pembentukan Jatidiri, Sahsiah Matang dan Berketrampilan" dan juga slot kedua dengan tajuk "Komunikasi Berkesan Keluarga & Kerjaya". Ceramah setiap slot berlangsung selama dua jam.

Bagi slot pertama Sdr Syamsul berceramah dari jam 8.30 pagi hingga ke jam 10.30 pagi. Kemudiannya program berhenti rehat untuk minum pagi sebelum Sdr Syamsul menyambung slot kedua dari jam 11.00 pagi hingga ke jam 1.00 petang.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang sempat dirakamkan ketika program ceramah tersebut berlangsung.

Suasana di dalam kelas
Ada sahaja perkara yang mencuit hati peserta
Tumpuan dan fokus diberikan






Pelbagai cara bagi menampakkan situasi sebenar sesuatu kisah yang berkaitan

Tidak dapat menahan ketawa












Penerangan berserta dengan illustrasi, fakta dan contoh

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: