'Perubahan' merupakan kata yang tidak dapat dielakkan dalam dunia organisasi hari ini. Pemenang pada zaman ini mungkin kecundang pada masa hadapan sekiranya tiada perubahan atau suntikan idea baru dalam organisasi. Anak bawang di masa lampau mungkin tumbuh sebagai raksasa di masa depan andai peka terhadap persekitaran organisasi yang menuntut perubahan.

Lautan merujuk kepada pasaran ataupun industri. Tiada salahnya pun bila kita ingin mengaitkannya dengan organisasi MPN yang sedang kita huni ini. Lautan biru adalah suatu analogi yang menggambarkan potensi ruangan pasaran yang begitu besar yang belum diterokai. Manakala strategi lautan biru merupakan satu pendekatan yang sistematik untuk mencipta ruang pasaran yang tidak perlu bersaing sebaliknya menjadikan pesaing tidak relevan. Berbeza dengan lautan merah iaitu merujuk kepada satu pasaran yang didalamnya penuh dengan persaingan dari individu atau organisasi / industri yang menghasilkan perkhidmatan dan produk yang sama.
Penurunan kos dilakukan adalah dengan menghilangkan dan cuba mengurangkan faktor-faktor yang menjadi punca persaingan dalam bidang yang diterokai. Misalannya Tune Hotel di dalam industri perhotelan, Air Asia di dalam bidang penerbangan, Firefly di Australia (telefon bimbit praktikal untuk kanak-kanak) dan banyak lagi contoh-contoh lain. Menarik bukan!
Mudah-mudahan. Sekian dan Wassalam.