Selasa, 15 Mei 2012

Seminar Transformasi Memperkasakan JKKK DUN Rantau


15 Mei 2012, Port Dickson : Satu program Seminar Transformasi Memperkasakan JKKK DUN Rantau telah diadakan bertempat di Klana Resort, Port Dickson. Program Seminar 3 hari ini telah melibatkan kesemua JKKK di dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. Program ini dijalankan hasil kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Seremban, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Sembilan, Pejabat Penerangan Daerah Seremban dan juga Biro Tatanegara (BTN) Cawangan Negeri Sembilan.

Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

Di antara penceramah yang telah diundang termasuklah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Keperluan Kemenangan Undi Majoriti Untuk Kestabilan Politik". Beliau menyampaikan ceramah pada 15 Mei 2012 mulai jam 3.00 petang hingga ke jam 6.00 petang.

Dengan ini EDITOR mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah buat penganjur di atas kejayaan menganjurkan program seperti ini.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: