Isnin, 18 Jun 2012

Ceramah Motivasi Jururawat Hospital Kuala Pilah (Album 1)

Ceramah Motivasi Pekerja
Khusus Buat Jururawat
15 Jun 2012
Anjuran Kelab Jururawat Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN)
Kuala Pilah
Bersempena Sambutan Hari Jururawat 2012

(Album 1)


Satu Program Ceramah Motivasi Pekerja telah diadakan bertempat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah. ceramah ini diadakan khusus buat para Jururawat yang bertugas di HTAN Kuala Pilah. Ceramah Motivasi ini berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 10.15 pagi.

Ceramah Motivasi bertajuk "Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan" ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Ceramah ini dianjurkan oleh Kelab Jururawat HTAN dan diadakan khusus bersempena dengan Sambutan Hari Jururawat 2012.

Dengan ini EDITOR mengucapkan syabas dan tahniah di atas usaha Kelab Jururawat HTAN menjayakan program ilmiah yang bermanfaat seperti ini. Dan dengan ini juga dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ceramah tersebut berlangsung.



Disediakan oleh : EDITOR

** Gambar-gambar lain boleh dilihat menerusi folder berikutnya di dalam Album 2. Terima kasih.

Tiada ulasan: